Sunday, June 16, 2013

ML,H,A,M,Ad,Ai(N) dan Aq(Q) part 2

Kisah yang bakal aku ceritakan ini tidak sehebat kisah cinta Romeo dan Juliet, Laila Majnun, atau Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Kisah ini juga tidak berapa aku ingati sebab sudah terlalu lama berlalu.

CINTA.. Memang benar ia tidak mengenal usia. Tidak kira orang tua, orang muda, mahu pun kanak-kanak.
Di usia yang terlalu mentah, aku sudah mengenal cinta. Mulanya ketika di tadika waktu itu aku terpegun dengan keCOMELan seorang gadis kecil bernama ML. Aku pendam sahaja perasaan itu,tidak berani meluahkan kerana takut pula dikatakan terlalu miang. Sehinggalah aku tamat sekolah rendah, akhirnya aku lupakan saja perasaan itu.

Ketika di sekolah menengah, aku jatuh cinta dengan ramai gadis tapi semuanya gagal ('Loser'). Bermula dengan H ketika di tingkatan dua, masing-masing suka sama suka tapi oleh kerana terlambat, aku terlepas. Kemudian dengan gadis bernama H juga, tapi aku ditolak mentah-mentah sebab katanya, dia tak suka bermain cinta. Waktu di tingkatan tiga, aku jatuh hati pada rakanku sendiri bernama A. Tidak terlalu lama hubungan itu, tidak semeriah mana. Mungkin kerana faktor berlainan sekolah membuatkan kami terputus begitu sahaja. 

Pertama kali aku jatuh cinta dengan gadis yang lebih tua dari aku ketika aku di Tingkatan empat. Namanya juga bermula dengan A. Dia tua setahun dari aku, mukanya iras-iras Maya Karin. Kebetulan pula waktu itu aku amat suka dengan Maya Karin. Tapi biasalah, cinta SS (Syok Sendiri), faham-faham saja. Bermain cinta dengan teman wanita orang ketika di tingkatan lima merupakan perkara yang paling bodoh pernah aku lakukan. Bercinta dengan gadis bernama M jelas sekali membuatku merana. Habis kisahku dengan M,di penghujung tingkatan lima, aku jatuh hati kepada gadis bernama AD.

Kisah bersama dengan AD adalah perkara paling pahit yang pernah aku lalui. Hubungan kami tidak lama, selepas tamat sekolah, aku dan AD berpacaran lebih kurang 3 bulan saja. Selepas itu, aku ditinggalkan atas alasan aku terlalu baik untuk dirinya. Setelah aku siasat, akhirnya baru aku sedar dia meninggalkanku kerana adanya lelaki lain yang lebih berDUIT daripada aku. Bertahun-tahun aku menyimpan duka hingga aku sambung pengajianku ke universiti tempatan.

Di sini aku dipertemukan dengan gadis bernama Ai, diperkenalkan oleh rakan sekelasku ketika aku memerlukan bantuan untuk mempersiapkan ASSIGNMENT. Sejak dari itu, aku mula mencintai dirinya. Kisah kami tidak indah selalu, kami diuji dengan pelbagai ujian. Ditambah dengan kemunculan seorang gadis yang bernama Aq atau Q, menjadikan masalah yang sedia ada bertambah rumit. Masalah demi masalah membuat aku mula berasa bosan dengan Ai, dan aku mula menyukai Q.