Friday, March 27, 2015

Prologue Qistina

Suasana malam itu sedikit tenang berbanding malam-malam sebelumnya. Aku menanti dengan penuh sabar kerana waktu itu hanya satu harapan aku untuk menyiapkan segala Projek Akhir. Segala persiapan dari segi studio, jurumekap dan pakaian telah aku dapatkan. Kini, aku hanya menanti seseorang yang sudi menjadi subjek dalam sesi fotografi aku. 

"Assalamualaikum, excuse me. Iqbal ke?",
Aku menoleh, mataku terarah pada gadis bersusuk tubuh kecil, berkulit putih pucat. Rambutnya yang berwarna coklat melepasi paras bahu. Aku masih memerhati gadis itu, bibir merah dioles dengan sedikit lip balm, walau solekannya sederhana, wajahnya tetap cantik. Tapi bagi aku itu biasa, sudah banyak gadis-gadis cantik yang aku temui di luar sana. Ada aura yang menyelubungi dirinya, membuatkan aku tergamam seketika. Jatuh cinta? Tak mungkin. Aku sendiri tak pasti..

"Hello.. Iqbal ke ni?"
"Oh! Hai... Yes, Iqbal. You're Qistina?"
Aku tersentak, terasa darah mula meresapi muka. Mujur keadaan sedikit kelam, kalau tidak sudah pasti wajah aku yang merah menyala ini dapat dilihatnya. Segera aku hulurkan tangan dan dia menyambut mesra,
"Yes, Qistina"
Tidak semena telefon bimbit aku berdering, aku lihat nama Kid terpampang pada skrin. 
"Hello Kid! Yes it's me, Iqbal."
Aku meneruskan perbualan dengan Kid, sesekali aku menoleh untuk melihat Qistina. Setelah selesai, aku menuju ke arah Qistina,

"Sorry Qistina.. Kita kena tunggu designer tu sekejap, sebab dia ada hal."
"It's ok. And you can just call me Qis"
"Ok, Qis. So, is it ok for you to wait for awhile?"
"Yep! Definitely not a problem"
Dia menjawab sambil tersenyum dan hampir-hampir saja aku ternganga melihat wajahnya mengukir senyuman manis itu. 


*********************************************************************************


Sementara menunggu Kid, aku bawa Qistina ke sebuah cafe di Seksyen 7 Shah Alam berdekatan butik Kid. 

"Qis, let's have a coffee while we waiting for Kid"
"Sure!", dia tersenyum lagi. 
Ya Tuhan... Dugaan apa yang kau berikan ni? Bergetar rongga badan aku ni. Lagi sekali kau senyum macam tu confirm aku pengsan terus. 

Aku menuju ke cafe tersebut, Qistina mengekoriku dari belakang. Sebaik saja kami masuk seluruh mata tertumpu ke arah kami atau lebih tepat lagi pada Qistina. Aku toleh ke belakang, Qistina lansung tak mempedulikan mata-mata itu. Aku terus memilih meja di suatu sudut yang lebih privasi. Sebaik saja kami duduk, seorang pelayan lelaki terus menghampiri dan menghulurkan menu. 

"Cappucino.. And Qis what do you want?"
"I tak rasa mcm nak minum"
"Are you sure? Order je lah apa-apa pun"
"Hurm.. Hot Chocolate!"

Pada mulanya, antara kami tiada yang memulakan bicara. Masing-masing diam membatu, mungkin dia juga terasa kekok sama seperti aku. Tapi setelah aku mula bertanya, dan kami mula berbual ternyata dia seorang yang mudah mesra, baik budi bicaranya. Sesekali nada tegas yang dikeluarkan menunjukkan dia seorang yang sangat berpegang pada prinsip. Fikirannya jauh lebih matang dari usianya, menunjukkan betapa dia seorang yang sangat berdikari. Tak banyak yang kami bualkan tentang hal peribadi. Kebanyakan cuma terarah pada sesi fotografi esok. Kelihatan seorang lelaki berbadan tegap berjalan dengan penuh lenggok mengalahkan Biduanita Saloma. Ni kalau Saloma tengok aku rasa dia bersara awal. Kid melambai dari jauh, aku hanya mengangkat tangan. Kid menghampiri dan terus menghempaskn punggungnya ke kerusi sambil melepaskan lelah.

"Hai! Iqbal.. Sorry I'm a bit late.. Lama ke you tunggu I?"
"Tak lah lama sangat."
"Sorry sangat, biasala dapat client cerewet ni susah. Semuanya tak kena. Minta macam-macam tapi harga nak murah. Pening kepala I. Eyh! Ni ke talent you?"
"Yep! This is Qistina"
Kid berjabat tangan dengan Qistina.
"You look gorgeous, but you a bit small"
Qistina menoleh kearah aku dan aku hanya memandangnya sambil menjungkit bahu,
"But don't worry, I got tons of dress. I'm sure I can get something suitable for you"
"So, Kid.. You nak minum dulu ke?"
"Eyh! Taklah, perut I kembung dah, asyik minum je"
"Ok shall we?"
"Ok let's go" 
Kami bertiga bangkit serentak meninggalkan cafe tersebut. Kid mengiringi Qistina keluar dari cafe tersebut, entah apa yang dibebelkan Kid hingga Qistina ketawa. Aku hanya memerhatikan mereka dari belakang sambil tersenyum melihat gelagat Kid. Begitulah perangai Kid, dia mudah sekali mesra dengan orang yang baru dikenalinya. Mungkin juga dia sudah biasa bertemu client yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dengan pelbagai kerenah menjadikan dia begitu. Aku juga tidak terlalu lama mengenali Kid. Bagi aku, dia seorang yang sangat mudah untuk bekerjasama. Walaupun aku hanya seorang pelajar, namun dia tidak kisah. Caj yang dikenakan untuk baju sewa juga tidak mahal. Katanya hanya sekadar membantu anak bangsa. Aku mengagumi sikap Kid yang sentiasa mahu membantu bangsanya sendiri, tidak seperti sesetengah orang yang sanggup melihat bangsanya kecundang. Kid seolah mencari kelibatku. Kid menoleh, sambil mencekak pinggang
"Cepatlah sikit jalan tu.. Lembab la you ni. Dah lewat ni tau tak!" 
"Yelah2!" Aku melangkah laju mendapatkan mereka.
Qistina disebelahnya hanya tertawa sambil menggelengkan kepala.


*********************************************************************************


BERSAMBUNG...