Thursday, March 28, 2013

Memoir bersama Q part 2

Mungkin ada yang kata, 'Hentikanla...buat apa kau fikirkan si Q tu. Bukan si Q tu ingat kat kau pun.'
N pun pernah kata, 'You masih tengok blog dia? Kenapa you masih ingat pada dia? Dia tak pernah ambil tahu fasal you pun. I yang ambil tau fasal you, I yang ambil berat fasal you. Dia dah ada buah hati pun. You pun ada I. Dia sendiri cakap yang dia tak suka pada you. Kenapa you masih sibuk-sibuk nak tahu fasal dia?'.

Aku tersentap tatkala mengingatkan kata-kata N. Iya.. Kasihan N.Betul kata-kata N.
Adakah aku ni terlalu kejam? Ya. KEJAM. Satu-satunya perkataan yang cukup sesuai dengan aku. Aku... sendiri masih tidak mengerti. Sudah puas aku cuba lupakan. Tapi masih tersisa. 

Jikalau ada satu masa diberi peluang kedua untuk bertemu dan berbicara dengan Q, akan aku katakan,

Q, 
Apa khabar? Lama sudah tak berjumpa. How's life? I tengok you, happy. Baguslah. 
Q, 
I ada perkara nak cakap dengan you. Harap you boleh dengar sebentar. 
Q,
 I tahu perkara ini dah lama berlalu, barangkali you dah lupa. I tak pernah beritahu you sendiri yang I sukakan you. I tahu you dah ada buah hati, sebab itu selama ini, I tak pernah luahkan pada you. I sendiri pun dah ada N. Masa itu, I keliru dengan perasaan I sendiri, sama ada I betul-betul jatuh hati pada you atau sekadar suka sebagai kawan. Mungkin juga masa itu, I ada masalah dengan N dan you muncul dalam hidup I, keadaan bertambah complicated. I tak salahkan you, tak pernah sekali pun i salahkan you atas keretakan hubungan I dengan N. You cuma mangsa keadaan, dan I faham. I tahu you ada bertemu dengan N masa itu. I tak tahu apa yang N katakan pada you. Apa yang pasti, you terus hindarkan diri you dari I. I tak faham dan you sendiri tak jelaskan perkara sebenar. Kenapa you hindarkan I? Hingga hari ini, I masih tertanya-tanya. N ada beritahu I, fasal pertemuan you dan dia. N ada beritahu apa yang dia katakan pada you dan apa yang you katakan pada dia. Tapi, itu masih tidak cukup bagi I. 
Q, 
Sekarang ini, I cuma mahu dengar dari mulut you. I cuma mahu dengar ikhlas dari hati you segala penjelasan tentang tindakan you. Bukan niat I untuk paksa you beritahu I segalanya. Cuma I, masih tidak tenteram dan moga pabila you jelaskan segalanya. I boleh terima dan teruskan kehidupan I seperti biasa. Lebih utama, sekurang-kurangnya, I mampu untuk melupakan you. Setidaknya, memori bersama you ada noktahnya.
Dan akhir sekali, 
I minta maaf Q. I minta maaf untuk segalanya. Terima kasih Q, kerana sudi muncul dalam hidup I. Walau ia cuma untuk seketika 
Terima Kasih Q!


Kini, aku cuma berharap. Memori ini akan bertemu noktahnya. Moga mampu untuk aku buangkan terus atau simpan ia sebagai sebahagian dari kisah hidup aku. 

Terlalu banyak yang aku merapu malam ini. Nescafe yang tadi panas, kini sudah sejuk. Bunyi cicak sudah pun bersahut-sahutan. Barangkali suruh aku segera tidur. Aku berdoa pada mu Ya ALLAH, moga diberikan ketenangan jiwa, mohon agar aku segera diberikan petunjukMU. Sudah tiba masa untuk aku matikan lampu dan menuju ke tempat beradu.

SELAMAT MALAM Q,
SELAMAT MALAM N,
SELAMAT MALAM SEMUA...

the end.

Wednesday, March 27, 2013

Memoir bersama Q part 1

Secawan Nescafe berasap terhidang di depan mata, telefon bimbit pun telah aku matikan setelah selesai berbicara bersama orang tersayang. Aku termenung memikirkan kata-kata seorang rakan baikku, FR siang tadi. Mungkin betul katanya. Patut aku buangkan saja memori itu sejak dari awal lagi. Tapi ntah kenapa, susah benar aku melupakan gadis bernama Q itu. Walau sudah 3 tahun lebih berlalu sejak peristiwa itu berlaku pada Oktober 2010. Namun tidak banyak yang mampu aku kikiskan dari kotak fikiran. Memori bersama Q tersemat di satu ruang yang aku sendiri tidak mampu capai, sedangkan aku hanya mengenali Q untuk seketika. Selepas itu, kami membawa haluan masing-masing. Q sendiri tidak mahu bertemu, berbicara atau bertanyakan khabar diriku.

Orang kata, kadang-kadang pertemuan singkat itu yang mampu memberi sejuta memori. Ya. Dan aku mengakui perkara tersebut. Bagaimana aku bertemu dengan Q? Biarlah ia begitu. Tidak perlu aku ceritakan di sini. Aku sendiri berusaha sebaiknya melupakan Q. 

Bagaimana dengan si N? Dia orang pertama paling kecewa bila dia tahu aku sukakan Q. Waktu itu, aku merasakan, 'Jahatkah aku?','Layakkah aku digelar SETAN?'. Segalanya kabur bagi aku. Sedangkan waktu itu aku masih bersama dengan N. Hampir dua tahun kami bersama waktu itu. Segalanya berubah bila hati aku mula bosan dengan sikap N. Terlalu rumit untuk aku luahkan isi hatiku. Tiada siapa yang faham. Acapkali aku berbicara tentangnya kepada sesiapa, rata-rata mengklasifikasikan aku sebagai seorang yang GATAL. Aku hanya mampu tersenyum dan terus saja aku bertukar topik lain.

BERSAMBUNG... 



Tuesday, March 12, 2013

Kisah Aku, H dan Sekolah...

Sedang aku berlari di koridor. Saat itu juga aku rasakan yg plg indah dlm hidup aku. Manakan tidak, gadis yg aku suka, yg aku cinta tanpa ragu-ragu menerima aku. Dalam riuh sekolah, aku terus berlari dengan hati yang teruja tanpa menhiraukan sesiapa. Sehingga satu ketika, aku tiba di kawasan lapang, aku terlihat dari jauh, gadisku, H dan dua lg rakan karibku, A dan E sedang duduk bersama. Tersenyum mereka melihat keadaan aku yang termengah-mengah. Mereka terus melambai ke arah aku, meminta aku segera bersama mereka. Saat itu juga ku lihat, itulah senyuman paling manis yang dilemparkan oleh H. Hatiku berbunga, aku kembali berlari mendapatkan mereka. Tiba-tiba loceng berbunyi..
Tersentap aku dari lena. Aku melihat ke luar jendela, masih gelap, entah di mana.destinasi yang ku tuju masih blm tiba, jam di tgn baru menunjukkan jam 3 pagi. Aku mencapai telefon pintarku, aku memeriksa semula pesanan ringkas 'Whatsapp' yang dikirimkan H tadi sebelum aku terlena. Akhirnya, jariku terhenti pada satu soalan yang dituju oleh H kepada aku.

"Klu ko nnt...one day..ko xde attach ngn sape2, aku pn xde, ade x possibility ko nk kat aku?"

Aku tak tahu bagaimana nak jawab mulanya..

"Who knows? Only GOD know..kita tggu dan lihat je la ;)"

Hanya itu yang mampu ku ungkapkan. Soalan dari H membuatkan aku terfikir kembali, H pernah menghuni hatiku suatu tika dahulu dan kini kami masih lagi berkawan baik walaupun sudah lebih 10 tahun usia perkenalan kami. Aku memang takkan pernah lupa kisah kami berdua walaupun itu hanya 'Cinta Monyet'. Mungkin juga aku ini seorang yamg sentimental. Aku tersenyum sendirian memikirkan semua ini. Mataku kembali berat, masa untuk tidur kembali. Tapi kali ini barangkali aku tidur sambil tersenyum..
END.