Thursday, November 28, 2013

PEPATUNG MERAH

Aku menjengah ke luar jendela, kelihatan awan hitam mula berarak menandakan yang hujan akan turun bila-bila masa sahaja. Aku terus melangkah keluar untuk menghirup udara segar, cuaca mendung lansung tidak aku endahkan. Cuaca pagi ini seolah mengerti akan hati aku, mengiringi perasaan aku yang sunyi.
Sambil aku berjalan, mataku hanya tertumpu pada batu-batu kecil yang terdampar di atas jalan. Tak mampu untuk aku mengangkat kepala. Terasa berat aku rasakan bagai ada yang menekan kepalaku.
Peristiwa beberapa bulan lalu bagaikan mimpi. Jikalau dulu gelak tawa menjadi teman, kini hanya kesunyian menyelubungi. Terlalu cepat masa berlalu. Hinggakan aku sendiri tidak sedar. Aku kira langkahku satu-persatu, sesekali aku mengimbau kenangan lalu. "Aahh..", benakku sarat dengan persoalan. Tak mampu untuk aku ungkaikan sama sekali. Sering juga aku menyalahkan diriku.

Adakah aku terlalu memaksa?
Adakah aku terlalu mementingkan diri?
Kenapa begitu mudah hati ini berubah?
Adakah aku terlalu memikirkan perkara-perkara remeh?

Aku seolah dihimpit dengan soalan yang aku sendiri unjurkan. Tapi, aku sendiri akui, hati ini memang cepat berubah tanpa aku sedari dan tanpa aku pinta. Setiap kali itu juga, hati aku akan terluka. Rintik hujan mulai gugur satu-persatu. Aku meneruskan langkahku yang kian longlai aku rasakan, sedikit pun tidak aku endahkan hujan yang bakal membasahi seluruh tubuhku. Aku masih sibuk melayani perasaan yang 'entah apa-apa' ini. Cuba aku buang dan lemparkan jauh-jauh segala persoalan yang menerjah ruang fikiranku. Namun, tidak berhasil. Kadang hingga gerak laku tubuhku tidak pernah seiring dengan fikiranku, lain yang difikir lain yang aku buat.Sampai bila harus aku berpura-pura, biar masa yang menentukan. Cuba mengukir senyuman tatkala bertentang mata, walau jauh di sudut hati terguris, yang kadang menyesak jiwa.

Baju aku sudah mula lenjun akibat dibasahi hujan. Air mata mengalir membasahi pipi dikaburi dengan kebasahan hujan. Langkah kakiku kian lemah, aku berhenti di pertengahan jalan kerana terlalu berat untuk aku teruskan. Tiba-tiba aku terlihat seekor pepatung berwarna merah melewati mata. Terus aku mendongak sedikit melihat hadapan. Terlihat aku sekumpulan pepatung berwarna merah berterbangan tatkala hujan turun dengan lebat. Sekumpulan pepatung merah itu masih mampu berterbangan mengharungi rintik hujan yang menderu. Lantas ada satu perasaan menusuk jiwaku, apabila terlihat sekumpulan pepatung merah yang hayatnya hanya seketika namun mampu terus mengharungi hidup yang penuh mencabar sehingga ke saat terakhir.

Aku mendongak ke langit, menadah hujan yang turun dengan lebat. Tangan aku depakan, bagai mendakap hujan.

GRRUUUHHHHH!!!

Guruh berdentum! Terus cabut la... Nak tunggu apa lagi. Gila ke apa nak kena sambar petir. AHAHAAH...





                   

Tuesday, November 19, 2013

BIASA..

Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa
Biasabiasabiasabiasabiasabiasabiasa

Sunday, November 17, 2013

KALAU AKU TAHU..

Kalau aku tahu..
Sudah lama aku lemparkan perasaan ini jauh-jauh..
Biar sedalam 7 lapis bumi, biar setinggi 7 lapis langit..
Kalau aku tahu..
Takkan aku peduli sejak dari mula..
Kalau aku tahu..
Masalahnya aku tak tahu..
Sekarang siapa yang merana?
Aku jugak..
Aku terkilan..tak dipedulikannya,
Apakan daya,aku sendiri tahu..
Takkan bertahan lama..
Biarkan begini..
Perasaan aku ini mungkin sementara..
Begitu juga dhia..
Mungkin lebih mudah untuk dhia..
Jika aku begini..
Diam seribu kata..
Berkata bila perlu..
Tidak bertentang mata..
Tidak terbentang kata..
Biar angin sahaja menyapa..
Cukup sekadar menyejuk jiwa yang gelora..

(Maaf sebab terlalu mengarut)


Saturday, November 2, 2013

Ditemani secawan mocha di sebuah cafe di pinggir kota. Lampu malap dan lagu mengiringi suasana.
Berbekalkan sebuah komputer riba, jari-jemariku mula memainkan peranan di atas papan kekunci.

Tatkala aku mula menaip, fikiran aku mula menerawang jauh dalam kelam malam. Teringat aku sewaktu aku mula tiba di negeri kecil ini. Keseorangan tanpa sesiapa di sisi. segalanya masih baru bagi aku. Hingga tika, aku mula mengenali seorang gadis kecil molek. Lagatnya sering buat aku tertawa. Sebelum aku mengenali dirinya dengan lebih rapat, banyak cerita-cerita yang aku dengar. Tapi bagi aku itu hanya kata-kata orang. Tidak semua yang dikatakan orang itu benar,jika benar sekali pun siapalah aku untuk menghakimi gadis yang tidak bersalah ini. Kerana takdirnya sudah tertulis begitu, apakan daya bagi dirinya hendak menghalang.

Aku mula rapat dengan dirinya, kami bekerja dalam bidang yang sama cuma berlainan syarikat. Sering kali aku bertemu dengannya ketika tugasan. Tidak terhenti di situ, aku juga bertemu dengannya di luar waktu kerja, lepak bersama rakan-rakan seangkatan yang lain. Jarang sekali berdua kerana dia sudah berpunya dan aku juga tidak mahu menjadi punca masalah. Jadi aku bataskan pertemuan kami. Dia juga berasa begitu.

Tidak pernah terlintas di hati untuk aku menyukai dia lebih dari seorang rakan. Tapi hati ini, sayangkan dirinya. Sayang sebagai rakan atau lebih dari itu, aku sendiri tidak tahu. Mungkin aku juga keliru. Yang pasti, aku SAYANGkan dirinya. Akhir-akhir ini, aku sendiri bersikap pelik hingga membuatkan dirinya kurang selesa dengan aku. Aku seolah-olah layan dia lebih dari sepatutnya. Aku sendiri tidak menyedarinya. 

Malam semalam, dia mula menjelaskan segalanya padaku. Mulanya, sukar untuk aku menerima dan akhirnya aku terpaksa akur akan permintaannya. Aku harus bangkit dan sedar atas kekilafan yang telah aku lakukan. Dia seorang rakan yang baik, dan aku harus menghormati segala keputusannya. Aku juga bersalah kerana melampaui batas norma seorang rakan. Bagi aku, dia adalah rakan dan teman yang sentiasa ada tatkala aku memerlukan. Aku tidak mahu kehilangan seorang rakan gara-gara aku terlalu mementingkan diri.

Aku mengerlingkan ke arah jam tanganku, tepat pukul 1130 malam. Pelayan di cafe sudah pun mula mengemas meja-meja yang tadi dipenuhi pelanggan. Kini, hanya tinggal aku seorang yang masih mengelamun sejak dari tadi. Pelayan yang selesai mengemas meja terus menuju ke arahku dan tersenyum. Aku mengerti senyumannya itu, lantas aku keluarkan beberapa not kertas untuk membayar minuman tadi.

Aku menuju pulang ke rumah, tapi fikiran aku masih belum berada dipaksinya. Mungkin terlalu banyak permasalahan yang aku fikirkan...

MAAFKAN AKU ATAS SEGALANYA..
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA..
KAU TETAP RAKAN AKU UNTUK SELAMANYA.. A>>I


sekian...