Sunday, January 11, 2015

Chapter 3: Keliru

"KL Sentral...KL Sentral...Pertukaran ke laluan...." Kedengaran, suara wanita sayup-sayup kedengaran. Aku terjaga dari lena. Entah bila aku terlelap, aku sendiri tidak sedar. Aku bingkas dari tempat dudukku tadi. Dalam keadaan mamai cuba aku perbetulkan diriku. Kelihatan manusia berpusu-pusu keluar dari perut LRT. Aku masih membetulkan diriku, melihat kembali ke tempat tadi kalau-kalau ada yang tercicir. Dalam keadaan mamai, aku melangkah keluar dari LRT. Terasa seperti ada beban yang melingkari kaki, memberatkan langkahku. Bulan puasa ni memang banyak menguji kesabaran. aku kerling jam di tangan, sudah hampir pukul 5 petang. Aku capai telefon bimbitku, dan lantas aku taip pesanan ringkas,

"Sofea, I dah sampai dekat KLCC ni. You nak makan apa?"

 Selang beberapa saat..

"You, sorry.. I kind a busy right now. I tak kisah, I ikut you je nak makan apa pun"
"I rasa macam nak makan Chili's, sebab lama tak makan"
"Boleh je, tapi you nak kena beratur awal la. Sebab takut penuh, biasalah nak buka puasa ni."
"Oh! I ok je kalau nak beratur. Sementara nak tunggu you habis kerja"
"Kalau macam tu, you pergi beratur dulu. Nanti I datang dekat you"
"All right! No problem. See you later"


***********************************************************************


"Mr. Iqbal!"

Seorang gadis pelayan lengkap berpakaian hitam memanggil namaku.

"Reservations for two pax?"
"Yeah, for two"

Dia bertanyakan padaku sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya kembali.
"Comel jugak awek ni,"

Aku mengikutinya dari belakang menuju ke meja yang terletak di sebelah tingkap yang menghadap ke kolam air pancut. Dihulurnya menu padaku dan gadis itu terus berlalu pergi. Aku lihat keliling, sarat dengan orang yang ingin berbuka puasa. Aku belek satu persatu menu yang tertera, aku sendiri tak tahu apa yang harus aku pilih. Dalam waktu yang sama fikiranku teringatkan Dhia. Apa yang sedang dia buat agaknya.

"Hey"
Sofea menegurku dari belakang, aku cuma tersenyum.

"Eyh! Hai.. Sorry I tengah tengok menu ni, tak tahu nak makan apa. Have a seat."
"Aik! Takkan tak tahu nak makan apa.. You yang nak makan kat sini tadi"
"Ahaha.. So, how's your work?"
"Okay, just a bit busy with presentations and sort of. How about you?"
"I macam ni je lah, tak ade la terlalu busy pun, kadang-kadang je. Oh ya I got something for you"

Aku keluarkan bungkusan plastik bercorak bunga. Aku hulurkan dua kotak berwarna merah dan biru pada Sofea,

"Yang warna merah ni untuk you dan warna biru ni untuk mama"
"Apa ni?"
"Bukala, ala... Souvenir biasa je, I beli dekat Sabah masa outstation hari tu"
"Oh iye?"
Sofea tersenyum.. Dibeleknya gelang tangan bertakhta mutiara itu, diacukan pada lengannnya,
"Longgar...ahaha..." Sofea tergelak..
"La yeke... You kurus sangat ni... Ahaha.. Mari sini I tengokkan"
Sofea hulurkan tangannya.
"Ni I rasa kena buang satu bahagian, baru muat ni"
"Ha tu la, takpe nanti I buat sendiri"
"Yang butang baju dalam plastik tu bagi pada ayah ye?"
"Okay, thanks a lot"
"Most welcome"

Gadis pelayan tadi datang menghampiri,
"Are you ready to make an order sir?"
"Yup sure! Gimme one chicken crisper, Classic beef fajitas, one apple juice and one orange juice"
"Ok..you wanna order anything else?"
Aku memandang Sofea,
"You nak tambah apa-apa lagi?"
Sofea hanya menggeleng, "cukuplah tu"
"Ok that's all"
Aku hulurkan kembali menu kepada gadis itu dan dia terus berlalu pergi.


***********************************************************************


Tak banyak yang kami bualkan. Sesekali aku melihat Sofea melayan telefon bimbitnya sambil tergelak, tapi aku tidak ambil pusing. Rasa cemburu itu ada, cuma tidak keterlaluan. Aku fikir, untuk apa aku cemburu, sedangkan aku dan dia sudah tiada apa hubungan melainkan hubungan sebagai kawan. Aku masih lagi menyayangi dirinya, sebab itu aku mahu pulihkan hubungan kami. Sedangkan dari awal, aku yang memutuskan hubungan kami. Kerana waktu itu, aku merasakan kami sudah tidak ada keserasian walaupun sudah empat tahun bersama. Hingga waktu ini dan saat ini, aku sendiri masih ragu-ragu untuk kembali bersamanya. Aku sendiri tidak yakin pada diriku. Tapi aku mahu memperbaiki kesilapan lalu, kesilapan aku dan kesilapan kami.

Sementara menunggu makanan, aku keluarkan telefon bimbitku. Aku rakamkan gelagat Sofea,

"Eyh! kenapa you ambil gambar I?" tanya Sofea sambil tersenyum.
"ha?!saje je..takkan tak boleh? Selalu pun memang macam ni apa."
"Ahaha..takde apa la, just kidding"
Sofea kembali melayani telefon bimbitnya. Aku di hadapannya bagai tidak dihiraukan.
"You mesej siapa tu?Boyfriend ea?", tanya ku berseloroh.
"Ha?takdelah...kawan kerja I", Sofea meletakkan telefon bimbitnya ditepi meja.
"So, you dengan Dhia macam mana?"

Aku terpempan dengan soalan yang diajukan Sofea. Aku terdiam. Mulutku bagai terkunci, dan aku hanya mampu menundukkan kepala. Sofea tahu tentang hubungan aku dan Dhia. Dia tahu aku sukakan Dhia. Saat ini, aku bagai dihenyak. Aku buntu, aku jadi keliru, betulkah aku mahu berbaik semula dengan Sofea...

Bersambung..