Secawan Nescafe berasap terhidang di depan mata, telefon bimbit pun telah aku matikan setelah selesai berbicara bersama orang tersayang. Aku termenung memikirkan kata-kata seorang rakan baikku, FR siang tadi. Mungkin betul katanya. Patut aku buangkan saja memori itu sejak dari awal lagi. Tapi ntah kenapa, susah benar aku melupakan gadis bernama Q itu. Walau sudah 3 tahun lebih berlalu sejak peristiwa itu berlaku pada Oktober 2010. Namun tidak banyak yang mampu aku kikiskan dari kotak fikiran. Memori bersama Q tersemat di satu ruang yang aku sendiri tidak mampu capai, sedangkan aku hanya mengenali Q untuk seketika. Selepas itu, kami membawa haluan masing-masing. Q sendiri tidak mahu bertemu, berbicara atau bertanyakan khabar diriku.
Orang kata, kadang-kadang pertemuan singkat itu yang mampu memberi sejuta memori. Ya. Dan aku mengakui perkara tersebut. Bagaimana aku bertemu dengan Q? Biarlah ia begitu. Tidak perlu aku ceritakan di sini. Aku sendiri berusaha sebaiknya melupakan Q.
Bagaimana dengan si N? Dia orang pertama paling kecewa bila dia tahu aku sukakan Q. Waktu itu, aku merasakan, 'Jahatkah aku?','Layakkah aku digelar SETAN?'. Segalanya kabur bagi aku. Sedangkan waktu itu aku masih bersama dengan N. Hampir dua tahun kami bersama waktu itu. Segalanya berubah bila hati aku mula bosan dengan sikap N. Terlalu rumit untuk aku luahkan isi hatiku. Tiada siapa yang faham. Acapkali aku berbicara tentangnya kepada sesiapa, rata-rata mengklasifikasikan aku sebagai seorang yang GATAL. Aku hanya mampu tersenyum dan terus saja aku bertukar topik lain.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment