Wednesday, August 28, 2013

Warkah terakhirku untuk Ai..

Assalamualaikum..

dari ketika awal dulu, aku mencintaimu sepenuh hati, kau abaikan aku..
tapi tidak sepatah pun keluar dari bibirku, mengungkit.
bila aku curang, 
kau melatah, kau kecewa, kau kata aku tidak menghargai cinta kau..
tidak sepatah pun aku katakan pada kau, kerana aku tau..aku sudah menyakitkan hati mu.
aku terima hukumannya.
bila aku kembali padamu, 
kau memberi aku peluang kedua, 
pada masa yang sama, hatiku tawar. Tapi aku pasti, aku amat mencintai mu.
masa terus berlalu..
kau kian berubah, aku kian berubah..
kau katakan aku tidak seperti dulu, pernah kau bertanyakan kenapa cuma aku tidak boleh menjawabnya.
kerana aku tahu, aku cuma akan menyakitkan hatimu dan aku tidak mahu kau sedih dengan kata-kataku.
aku tahu kau kian berubah..
aku diamkan saja, kesalahan demi kesalahan kau dedahkan ttg diriku.
tp, tidak sepatah pun keluar dari bibirku, apa yang telah aku berikan padamu.
apa yang telah kau lakukan hingga menyebabkan aku sedih.
aku lebih suka memendam rasa, kerana aku tidak mahu kau berasa terkilan apabila aku marah.
aku tidak mahu keadaan yang keruh bertambah buruk apabila kita berdua berbicara. sebab itu aku diam.
bila aku marah dan aku diam, 
kau sedih, hingga menyebabkan diri kau jatuh sakit. smuanya kerana aku memarahi kau.
aku risau akan kesihatanmu. cuma aku diamkan, sbb aku mahu kau boleh berdiri sendiri apabila kau jatuh walau aku tiada di sisi. 
kau katakan aku tidak mengambil berat apabila kau jatuh sakit, selalu memarahi kau kerana tidak mengubati diri kau yang sedang sakit.
aku sebenarnya, amat risaukan kau. aku tidak mahu kau jatuh sakit. sebab itu aku selalu meninggi suara walau sebenarnya kau hanya meminta belas ihsan dariku. Maafkan aku...
kadang aku merasa rimas, bukan kerana aku tidak mahu berbicara denganmu, cuma waktu tidak sesuai dan tidak elok di pandang orang sekeliling ketika itu. maafkan aku jika kau merasakan seolah aku tidak suka dengan sikapmu itu. sebenarnya aku amat senang bila kau mendampingi diriku.
cuma mulutku,amat berat untuk mengatakannya bahawa aku gembira bila kau ada di sisiku.
mungkin difikiranmu, aku tidak matang, selalu melarikan dari masalah, bersikap kebudak-budakan.
tapi itu adalah aku, dari dahulu, hingga kini. dan aku pasti,jika benar kau mengenali aku,sudah tentu kau tahu setiap tindakan yang aku ambil adalah bersebab.
hari demi hari, aku mula mencintai dirimu seperti dulu.
tapi sikapmu jauh berubah sejak kau bekerja. 
sering aku bertanyakan pada diriku, adakah aku sudah terlalu mengabaikan diri kau hingga aku dilayani begini.
setiap malam,bila aku ada masa, aku tunggu panggilan dari kau,tapi kau sibuk keluar dengan rakan-rakan berhibur. aku diamkan, sbb aku tahu, meungkin kau bosan apabila aku tidak berada dekat dengan kau.
kadang kau balik lewat malam,hingga aku tidur apabila menunggumu.
tidak sepatah pun aku luahkan keesokannya kerana aku tidak mahu dikatakan terlalu mengongkong dirimu.
kau berkenalan dengan ramai rakan lelaki, keluar bersama mereka kerana hal kerja, tapi aku diamkan.
bukan kerana aku tidak cemburu,cuma aku tidak mahu mengongkong atas soal kerja kau.
setiap malam, aku hanya duduk di hadapan komputer, diam, termenung keseorangan.
memikirkan tentang kau, tangan dan mata sibuk melayari internet atau bermain permainan komputer. tapi jiwaku melontar jauh memikirkan tentang diri kau.

Mungkin kau merasakan yang aku tidak sempurna dan tiap kali itu juga kau memintaku untuk memenuhi permintaanmu,
supaya menjadi lelaki idamanmu, penuh kesempurnaan, tanpa kesilapan, yang terus mencintai tanpa menyakiti hatimu,
dan sedaya upaya aku juga memenuhi permintaanmu, tapi aku tidak mampu menjadi lelaki itu.
aku tidak mampu menjadi sempurna untuk dirimu kerana sejak azali aku dilahirkan begini.
tapi tidak mengapa, kerana aku menerima kau seadanya. Sebab itu tidak satu pun yang keluar dari bibirku ini untuk membenci dirimu.
tidak ada satu alasan yang membolehkan aku untuk membenci diri kau. 

Cincin idaman yang ingin aku beli,untuk disarung di jari manismu
sebagai mengikat janji untuk hidup bersama 
hanya tinggal angan-angan.
kerana aku tidak sempurna di matamu.


Maafkan aku jika selama ini aku menyakiti dirimu, kerana tidak terniat dihati melukakan jiwamu.
hanya ampun dan maaf mampu ku pohonkan.

Salam terakhir aku ucapkan, salam perpisahan untuk kekasihku Ai.





Wednesday, August 21, 2013

PERANGAI GILA

Gila seperti yang diterangkan dalam wikipedia adalah suatu gejala kurang siuman yang merujuk kepada 
manusia di mana mereka tidak mampu membuat pertimbangan seperti biasa (http://ms.wikipedia.org/wiki/Gila).

Gila terdapat dalam pelbagai kategori, bukan hanya bermakna kurang siuman tetapi ia boleh ditafsirkan juga sebagai obsesi manusia terhadap sesuatu. Contohnya Gila Bayang, Gila Duit atau Gila Harta. Obsesi yang melampau juga mampu mendorong manusia bertindak di luar kotak siuman.

Aku juga pernah berdepan orang yang gila, Orang Gila Harta. Perkara ini berlaku pada diriku sendiri apabila terpaksa berdepan dengan ahli keluargaku yang terlalu gilakan harta hingga hak saudara-mara yang lain pun nak diambilnya. Bila yang sepatutnya mendapat hak mereka dinafikan, dan diserahkan pada ahli keluargaku yang lain. harta sendiri disimpan, sedikit pun tidak dikongsikan dengan saudara-mara yang dalam kesusahan. Duit atuk dan nenek aku dikebasnya,mentang-mentang orang tua tu tidak pandai berkata-kata. Duit simpanannya mencecah ribuan ringgit tidak tahu nak diwariskan pada siapa sedangkan dia tiada suami mahu pun anak.

Aku hingga hilang rasa hormat padanya, walaupun dia sebenarnya adalah mak cik ku sendiri. Aku memohon pada yang ESA semoga beliau diberikan petunjuk. Moga yang benar dapat dipisahkan dari yang batil..

SEKIAN...

Sunday, June 16, 2013

ML,H,A,M,Ad,Ai(N) dan Aq(Q) part 2

Kisah yang bakal aku ceritakan ini tidak sehebat kisah cinta Romeo dan Juliet, Laila Majnun, atau Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Kisah ini juga tidak berapa aku ingati sebab sudah terlalu lama berlalu.

CINTA.. Memang benar ia tidak mengenal usia. Tidak kira orang tua, orang muda, mahu pun kanak-kanak.
Di usia yang terlalu mentah, aku sudah mengenal cinta. Mulanya ketika di tadika waktu itu aku terpegun dengan keCOMELan seorang gadis kecil bernama ML. Aku pendam sahaja perasaan itu,tidak berani meluahkan kerana takut pula dikatakan terlalu miang. Sehinggalah aku tamat sekolah rendah, akhirnya aku lupakan saja perasaan itu.

Ketika di sekolah menengah, aku jatuh cinta dengan ramai gadis tapi semuanya gagal ('Loser'). Bermula dengan H ketika di tingkatan dua, masing-masing suka sama suka tapi oleh kerana terlambat, aku terlepas. Kemudian dengan gadis bernama H juga, tapi aku ditolak mentah-mentah sebab katanya, dia tak suka bermain cinta. Waktu di tingkatan tiga, aku jatuh hati pada rakanku sendiri bernama A. Tidak terlalu lama hubungan itu, tidak semeriah mana. Mungkin kerana faktor berlainan sekolah membuatkan kami terputus begitu sahaja. 

Pertama kali aku jatuh cinta dengan gadis yang lebih tua dari aku ketika aku di Tingkatan empat. Namanya juga bermula dengan A. Dia tua setahun dari aku, mukanya iras-iras Maya Karin. Kebetulan pula waktu itu aku amat suka dengan Maya Karin. Tapi biasalah, cinta SS (Syok Sendiri), faham-faham saja. Bermain cinta dengan teman wanita orang ketika di tingkatan lima merupakan perkara yang paling bodoh pernah aku lakukan. Bercinta dengan gadis bernama M jelas sekali membuatku merana. Habis kisahku dengan M,di penghujung tingkatan lima, aku jatuh hati kepada gadis bernama AD.

Kisah bersama dengan AD adalah perkara paling pahit yang pernah aku lalui. Hubungan kami tidak lama, selepas tamat sekolah, aku dan AD berpacaran lebih kurang 3 bulan saja. Selepas itu, aku ditinggalkan atas alasan aku terlalu baik untuk dirinya. Setelah aku siasat, akhirnya baru aku sedar dia meninggalkanku kerana adanya lelaki lain yang lebih berDUIT daripada aku. Bertahun-tahun aku menyimpan duka hingga aku sambung pengajianku ke universiti tempatan.

Di sini aku dipertemukan dengan gadis bernama Ai, diperkenalkan oleh rakan sekelasku ketika aku memerlukan bantuan untuk mempersiapkan ASSIGNMENT. Sejak dari itu, aku mula mencintai dirinya. Kisah kami tidak indah selalu, kami diuji dengan pelbagai ujian. Ditambah dengan kemunculan seorang gadis yang bernama Aq atau Q, menjadikan masalah yang sedia ada bertambah rumit. Masalah demi masalah membuat aku mula berasa bosan dengan Ai, dan aku mula menyukai Q. 


Sunday, April 21, 2013

Kisah Aku dan ML,H,A,M,Ad,Ai(N) dan Aq(Q) part 1

Sering kali aku pergi menghabiskan masa berseorangan di cafe' atau di kedai kopi, dan secawan cappucino sering menjadi pilihan.

Bukan aku tidak mahu ditemani,aku cuma rasa lebih senang berseorangan tanpa teman. Aku lebih suka melihat gelagat orang, melihat pasangan yang sedang berpacaran, kanak-kanak yang riang ditemani ahli keluarga mereka. Bagi aku, itu sudah memadai menghilangkan rasa sunyi dihati. 

Senantiasa aku melihat pasangan yang seperti baru belajar bercinta, indah sekali. tidak kira pasangan remaja, mahu pun dewasa, bagi aku sama sahaja. Tiada lansung riak bosan di mata mereka. Si jejaka mengeluarkan kata jenaka, si gadis tersenyum ria. Walaupun hidangan di depan mata tidak seenak mana, bagi mereka sudah memadai dapat bertemu mesra.

Aku masih ingat lagi perasaan mula-mula jatuh cinta. Perasaan yang sukar digambarkan. Aku pasti, semua orang pun mengalami perasaan yang sama. Ada yang tak lalu makan, ada yang susah nak tidur, seringkali senyum sendirian dan bermacam-macam sindrom yang pelik terjadi pabila JATUH CINTA. Sama seperti aku juga.

Bersambung...



Thursday, March 28, 2013

Memoir bersama Q part 2

Mungkin ada yang kata, 'Hentikanla...buat apa kau fikirkan si Q tu. Bukan si Q tu ingat kat kau pun.'
N pun pernah kata, 'You masih tengok blog dia? Kenapa you masih ingat pada dia? Dia tak pernah ambil tahu fasal you pun. I yang ambil tau fasal you, I yang ambil berat fasal you. Dia dah ada buah hati pun. You pun ada I. Dia sendiri cakap yang dia tak suka pada you. Kenapa you masih sibuk-sibuk nak tahu fasal dia?'.

Aku tersentap tatkala mengingatkan kata-kata N. Iya.. Kasihan N.Betul kata-kata N.
Adakah aku ni terlalu kejam? Ya. KEJAM. Satu-satunya perkataan yang cukup sesuai dengan aku. Aku... sendiri masih tidak mengerti. Sudah puas aku cuba lupakan. Tapi masih tersisa. 

Jikalau ada satu masa diberi peluang kedua untuk bertemu dan berbicara dengan Q, akan aku katakan,

Q, 
Apa khabar? Lama sudah tak berjumpa. How's life? I tengok you, happy. Baguslah. 
Q, 
I ada perkara nak cakap dengan you. Harap you boleh dengar sebentar. 
Q,
 I tahu perkara ini dah lama berlalu, barangkali you dah lupa. I tak pernah beritahu you sendiri yang I sukakan you. I tahu you dah ada buah hati, sebab itu selama ini, I tak pernah luahkan pada you. I sendiri pun dah ada N. Masa itu, I keliru dengan perasaan I sendiri, sama ada I betul-betul jatuh hati pada you atau sekadar suka sebagai kawan. Mungkin juga masa itu, I ada masalah dengan N dan you muncul dalam hidup I, keadaan bertambah complicated. I tak salahkan you, tak pernah sekali pun i salahkan you atas keretakan hubungan I dengan N. You cuma mangsa keadaan, dan I faham. I tahu you ada bertemu dengan N masa itu. I tak tahu apa yang N katakan pada you. Apa yang pasti, you terus hindarkan diri you dari I. I tak faham dan you sendiri tak jelaskan perkara sebenar. Kenapa you hindarkan I? Hingga hari ini, I masih tertanya-tanya. N ada beritahu I, fasal pertemuan you dan dia. N ada beritahu apa yang dia katakan pada you dan apa yang you katakan pada dia. Tapi, itu masih tidak cukup bagi I. 
Q, 
Sekarang ini, I cuma mahu dengar dari mulut you. I cuma mahu dengar ikhlas dari hati you segala penjelasan tentang tindakan you. Bukan niat I untuk paksa you beritahu I segalanya. Cuma I, masih tidak tenteram dan moga pabila you jelaskan segalanya. I boleh terima dan teruskan kehidupan I seperti biasa. Lebih utama, sekurang-kurangnya, I mampu untuk melupakan you. Setidaknya, memori bersama you ada noktahnya.
Dan akhir sekali, 
I minta maaf Q. I minta maaf untuk segalanya. Terima kasih Q, kerana sudi muncul dalam hidup I. Walau ia cuma untuk seketika 
Terima Kasih Q!


Kini, aku cuma berharap. Memori ini akan bertemu noktahnya. Moga mampu untuk aku buangkan terus atau simpan ia sebagai sebahagian dari kisah hidup aku. 

Terlalu banyak yang aku merapu malam ini. Nescafe yang tadi panas, kini sudah sejuk. Bunyi cicak sudah pun bersahut-sahutan. Barangkali suruh aku segera tidur. Aku berdoa pada mu Ya ALLAH, moga diberikan ketenangan jiwa, mohon agar aku segera diberikan petunjukMU. Sudah tiba masa untuk aku matikan lampu dan menuju ke tempat beradu.

SELAMAT MALAM Q,
SELAMAT MALAM N,
SELAMAT MALAM SEMUA...

the end.

Wednesday, March 27, 2013

Memoir bersama Q part 1

Secawan Nescafe berasap terhidang di depan mata, telefon bimbit pun telah aku matikan setelah selesai berbicara bersama orang tersayang. Aku termenung memikirkan kata-kata seorang rakan baikku, FR siang tadi. Mungkin betul katanya. Patut aku buangkan saja memori itu sejak dari awal lagi. Tapi ntah kenapa, susah benar aku melupakan gadis bernama Q itu. Walau sudah 3 tahun lebih berlalu sejak peristiwa itu berlaku pada Oktober 2010. Namun tidak banyak yang mampu aku kikiskan dari kotak fikiran. Memori bersama Q tersemat di satu ruang yang aku sendiri tidak mampu capai, sedangkan aku hanya mengenali Q untuk seketika. Selepas itu, kami membawa haluan masing-masing. Q sendiri tidak mahu bertemu, berbicara atau bertanyakan khabar diriku.

Orang kata, kadang-kadang pertemuan singkat itu yang mampu memberi sejuta memori. Ya. Dan aku mengakui perkara tersebut. Bagaimana aku bertemu dengan Q? Biarlah ia begitu. Tidak perlu aku ceritakan di sini. Aku sendiri berusaha sebaiknya melupakan Q. 

Bagaimana dengan si N? Dia orang pertama paling kecewa bila dia tahu aku sukakan Q. Waktu itu, aku merasakan, 'Jahatkah aku?','Layakkah aku digelar SETAN?'. Segalanya kabur bagi aku. Sedangkan waktu itu aku masih bersama dengan N. Hampir dua tahun kami bersama waktu itu. Segalanya berubah bila hati aku mula bosan dengan sikap N. Terlalu rumit untuk aku luahkan isi hatiku. Tiada siapa yang faham. Acapkali aku berbicara tentangnya kepada sesiapa, rata-rata mengklasifikasikan aku sebagai seorang yang GATAL. Aku hanya mampu tersenyum dan terus saja aku bertukar topik lain.

BERSAMBUNG... 



Tuesday, March 12, 2013

Kisah Aku, H dan Sekolah...

Sedang aku berlari di koridor. Saat itu juga aku rasakan yg plg indah dlm hidup aku. Manakan tidak, gadis yg aku suka, yg aku cinta tanpa ragu-ragu menerima aku. Dalam riuh sekolah, aku terus berlari dengan hati yang teruja tanpa menhiraukan sesiapa. Sehingga satu ketika, aku tiba di kawasan lapang, aku terlihat dari jauh, gadisku, H dan dua lg rakan karibku, A dan E sedang duduk bersama. Tersenyum mereka melihat keadaan aku yang termengah-mengah. Mereka terus melambai ke arah aku, meminta aku segera bersama mereka. Saat itu juga ku lihat, itulah senyuman paling manis yang dilemparkan oleh H. Hatiku berbunga, aku kembali berlari mendapatkan mereka. Tiba-tiba loceng berbunyi..
Tersentap aku dari lena. Aku melihat ke luar jendela, masih gelap, entah di mana.destinasi yang ku tuju masih blm tiba, jam di tgn baru menunjukkan jam 3 pagi. Aku mencapai telefon pintarku, aku memeriksa semula pesanan ringkas 'Whatsapp' yang dikirimkan H tadi sebelum aku terlena. Akhirnya, jariku terhenti pada satu soalan yang dituju oleh H kepada aku.

"Klu ko nnt...one day..ko xde attach ngn sape2, aku pn xde, ade x possibility ko nk kat aku?"

Aku tak tahu bagaimana nak jawab mulanya..

"Who knows? Only GOD know..kita tggu dan lihat je la ;)"

Hanya itu yang mampu ku ungkapkan. Soalan dari H membuatkan aku terfikir kembali, H pernah menghuni hatiku suatu tika dahulu dan kini kami masih lagi berkawan baik walaupun sudah lebih 10 tahun usia perkenalan kami. Aku memang takkan pernah lupa kisah kami berdua walaupun itu hanya 'Cinta Monyet'. Mungkin juga aku ini seorang yamg sentimental. Aku tersenyum sendirian memikirkan semua ini. Mataku kembali berat, masa untuk tidur kembali. Tapi kali ini barangkali aku tidur sambil tersenyum..
END.