Soal bicara ini mmg ssh. Takut kalau kita tersalah bicara, orang lain akan salah faham. Sbb itu, adalah lebih kita berdiam dr berbicara yg bukan-bukan. Tapi, adakalanya berbicara itu amat penting utk kita luahkan rasa hati. Kalau kita tidak suka, katakan tidak suka. Kalau kita bosan katakan saja bahawa kita sdh bosan.
Secara tidak lansung, tidak perlu kita bersikap hipokrit dlm setiap perkara yg kita tidak suka. Tidak perlu kita bersusah payah menjauhkan diri dr seseorang itu secara drastik, jika sblm kita amat rapat dengannya tanpa menjelaskan segala perinci. Tidak adil bagi dirinya, seolah digantung tidak bertali, menimbulkan persoalan pada dirinya.
Bicara perlu kena pada caranya, setiap tutur kata harus diluahkan dengan berhati-hati. Agar tidak terguris hati org yg mendengarnya. Kejujuran itu perlu,walaupun mulanya pahit. Kita sebagai manusia harus menelannya, kerana itu adalah realiti kehidupan.
P/S: katakan saja padaku, aku sedia mendengar. Jika perlu ku undurkan diri akan ku undurkan diri.
No comments:
Post a Comment