Menyelusuri lorong demi lorong, jalan demi jalan ditengah ibu kota Kuala Lumpur. Terlihat aku pada sekumpulan OKU (Orang Kelainan Upaya) Penglihatan. Terhenti langkahku seketika tatkala melihat mereka. Mereka berjalan dalam keadaan berbaris, si OKU pertama berkepala botak berkaca mata mengetuai OKU yg lain-lain. Melangkah keluar dari gerabak LRT. Sungguh tertib dan santun, tidak pula tersadung kaki sesama mereka. Aku tersenyum kagum melihat mereka berkomunikasi dengan amat baik. Walau mereka tidak dapat melihat wajah masing-masing. Aku meneruskan langkahku lagi. Aku terhenti sekali lagi. Aku melihat seorang OKU Bisu berbicara dengan rakannya menggunakan bahasa isyarat. Entah apa yang dikatakannya, aku sendiri tidak faham. Tapi, rakannya mengerti apa yang cuba disampaikan olehnya.
Melihat golongan OKU ini berbicara, membuatkan aku terfikir, betapa kita yang cukup sifat kadang gagal berkomunikasi dengan baik, susah nak memahami sikap,sifat orang lain. Perjalanan aku teruskan. Tak tahu mana langkah ini akan terhenti.
Selamat Jalan..
P/S: maafkan daku kerana pergi meninggalkanmu keseorangan. Maaf..
No comments:
Post a Comment